.[drama review] Prosecutor Princess.

Assalamualaikum wbt

disebakan dah lama sangat tak rajin nak update pastu hari ni cam malas nak transfer gambar makanan and etc, hari ni akan buat drama review untuk cerita….

PROSECUTOR PRINCESS

prosecutor princess

cerita ni sebenarnya dah lama release.tahun 2010.balik cuti kali ni barulah ade kesempatan untuk tengok.cewah…first of all, cerita ni tak macam cerita cerita korea yang lain.sebabnya cerita ni tak de mushy mushy lovely ape semua ah.memang lain sangat sangat.

cerita mengisahkan pasal Ma Hye Ri yang minat sangat sangat dengan fesyen tapi berkerjaya sebagai Prosecutor.wataknya amatlah lurus bendul dan ‘blur’ semedang.tapi takdelah blurr mane pon.cumanya dia ni jenis stret foward.klau rasa tak puas hati ke apa ke dia akan bagitahu orang tu.disebabkan dia ni jadi prosecutor pon sebab ayah dia suruh, dia cam not so into the works-lah.dia tak hormat senior pe semua.pastu handle case pun cam tak okay sangat.pegi office pakai baju warna warni.memang lain dari prosecutor lainlah.hero cerita ni, Seo In Woo memainkan peranan yang penting amat amat dalam cerita ni.nampak je cam setiap event yang berlaku tu cam kebetulan tapi sebenarnya dah dirancang oleh dia.cerita ni menarik sebab klimaksnya pasal kes 15 tahun lalu yang melibatkan ayah Ma Hye Ri, Ma Sang Tae dengan Seo Dong Gun, ayah Seo In Woo.

cerita ni tak mushy mushy sebab banyak kes so, aku dengan adik lebih tertarik pada cara Ma Hye Ri selesaikan satu satu kes yang ditugaskan kepada beliau.cewah..dalam cerita ni banyak spekulasi jugaklah.aku dengan adik selalu cam,, predict apa yang akan jadi.haha.tapi kebanyakkan ape kitorang predict, tak betul -.-

cerita ni direkemenkanlah kepada orang orang yang suka pasal kes kes mahkamah dan kes kes yang pelik pelik la (dont know what the hell i was typing here).tapi seronoklah tengok cerita ni.

watak watak utama

dari kiri : Seo In Woo, Prosecutor Joon, Ma Hye Ri, Prosecutor Jin

comel jekan Seo In Woo tu.haha.suka tengok dia senyum.cerita ni aku bagi 5/5 bintang.hehe 😀 seronok tengok.

so, tu jela untuk drama review kali ni. InsyAllah esok bergerak ke Batu Pahat sebab khamis umi ade interview pastu jumaat malam kot ade kenduri kat rumah pakcik nasuha kat Kluang.so, may and may not tak update.bergantung kepada keadaan semasa.okayy?

jaga diri semua orang 😉 salam

Published by

FarhahK

A bright girl with a dream

Leave a comment