.Memancing di Serkat.

Assalamualaikum wbt

pada hujung minggu yang lalu, me and my families (Pak Busu and family, Abg Khairul and My Epul – my cousins) telah pun mengadakan satu aktiviti keluarga bersama iaitu…..

MEMANCING!!!!!

yeay…*fireworks* Alhamdulillah perjalanan yang sungguh bermakna untuk semua orang.hehehe 😀

memula tu, aku macam taknak ikut je sebab recently sakit sangat badan ni (dont know why even aku da makan ubat) last2 ummi pujuk jugak suh pegi sbb klau duduk rumah pun takde buat ape.ngee. so, here we go! kitorg gerak pie Pontian dlm lepas zohor gitula. banyak betul kereta haritu, pehal ntah pastu sampai Kukup, pegi makan sbb tunggu abg Khairul, abg Epul dan keluarga Mak Busu sampai. sudah mkn, diorg call ckp diorg dah smpai Serkat.mase tu Serkat tu 5km je dari Kukup.

pastu sampai tu masukkan barang kt Hilux then gerak pegi boat. pakai jaket keselamatan pe smua then,, off we go to Kelong Maswira. memula tu cam..jauhnya tak sampai sampai, abg Khairul siap pesan “jangan mabuk ehhh” hahahaha. seb baiklah tak mabuk tapi Uci mabuk laut. kesian dia. sampai sampai je set up pancing terus.pasang tu pasang ni then barulah makan. ehh..sebelum tu solat asar tu.pheewitt..solat atas kelong you all.hahahaha.

pastu maka makan sementara tunggu magrib. banyak gila wo makanan mak busu bawak.macam2 ade.roti semua dah penyek penyek sebab kena hempap macam macam. kelakar je. pastu bila magrib masuk je, Syamil azan. then, yang lelaki pon solat Magrib berjemaah. Alhamdulillah.

makan malam hari tu, maggi dgn nasi putih lauk ayam kicap mak busu bawak dari batu pahat. masyukkk!!!! tapi tulakan..bukannya buat apa pun duk atas kelong, dlm pkul 10 lebih eden da masuk bilik nak melelapkan mata tapi sebab panas so golek sane sini tengok mv dlm hp (seb la hp ni batteri tahan 2,3 hari) pastu dlm 11 lebih jugak baru tertidur. bangun2 pkul 2 pagi.

tengok tengok yang lelaki mase tu blom tidur lagi duk sibuk memancing lgi. pastu tak lama je, abg khairul suh tengok ke arah kapal kapal kontena kat the other side dah kelabu so.. cepat cepat cari tempat berteduh sebab phheeewiittt.ribut pon datang. and..and and.. ade sad story, topi RESTU yang dapat mase masuk kawad TOT tu hilang diterbangkan angin. sape sape jumpa topi tu, bolehlah jadi boyfie saya pasni.hahahaha. if jumpalah kan.ntah ntah dah ke mana mana topi tu pergi.

pastu sedang ribut tu2, suasana menjadi sunyi dan sejukkkkk mengigil gigil woii…grrr..bila dah sejuk tu, perut pun lapar so, ummi pon bangun dan masak meggi.hahahaha.pkul 4 pgi mase tu.boleh annnn??? hahahahhaa.bangun2 masak meggi makan pastu tidur semula tunggu subuh mase ribut2 tu, semua orng tidur kecuali aku, ummi, mak busu dan pak busu. pak busu tak tidur sbb sejukk sangat sangat.hahaha.

7AM di Kelong. sejukk.. brrr...

pastu bila bangun je kena set up kan balik pancing sbb dah serabut gila kena rumpai pe smua. aha. kesian wo. banyak jugaklh putus putus -,- ari ahad tu tak de buat apa pon sangat cumanya pagi pagi lagi dah masak untuk tengahari, hahaha. masak asam pedas ikan duri yang abg Khairul dapat pancing 😉 best!!! semua orang dapat ikan (the men) kecuali abg Epul. Syamil dapat pon dah last last dlm pkul 10 lebih kot. tapi pagi tu mmg sejuk sangat. abg Khairul dah, “bestkan aircond?”

pastu dlm pkul 12 lebih, En Hafiz, our tekong datang sebab nak hantar team lagi satu balik and cakap nak datang amik kitorng dlm pkul 1.30 ptg tunggu punya tunggu tak datang datang. mase tu semua dah siap kemas dah. then nak dekat pkul 2 kot baru En Hafiz tu sampai and kitorg pon load barang dlm boat dan off to the darat 😉

dalam perjalanan tu tengok jela kiri kanan kan,, ntah bila nak sampai lagi kelong camtu.hahaha. ummi dgn ibu (mak busu) asik cam, “macamana boleh terlibat sekali nak pegi kelong nih.” hahahaha.nak buat camne, sekali tak sekala nak kelong kan??? dah sampai tu, pulangkan jaket keselamatan pe smua, angkat2 barang, thank you thank you pastu pegi masjid untuk solat zohor dan asar. lepas tu off we to umah abng Khairul untuk makan satay!!!!

My dear cousin yang sorng tu, berniaga satay so kitorg pon duk lepak umah dia makan satay daging dgn ayam. rasa satay tu sedap gila, mungkin sbb penat and…banyaklah jugak makan. and lauk asam pedas pon selamat dimakan 😉 seronok betol. and and…we have fun with his twin, si Hadi dgn Lutfi. okay..i dont really know the twin’s names sebab tanya abg dia si Alif tu, sebut pon tak jelas. peramah betol. tak nangis pon orang pegang2 siap tengok aku makan tu macam nak makan skali tapi bila suakan satay tu tak mau pulak.

the twin with pak busu and ayah 😉 they're so friendly.luls.

lepas makan, lepak2 jap melayan budak kembar tu, then balik umah. dalam perjalanan tidur je. penat wwwwwwooooo..muka pon pedih je sebab sunburn. seblah tak ke mana mana duk umah je, takdelah kesah sangat tapi malam tu me, ummi and adik pakai yogurt mask beli kt ETUDE House, Jusco Bukit Indah. bau dahlah sedap, rasa nak makan je yogurt tu. hahahahaa.

okeylah, tu je laporan untuk hujung minggu lepas, more pictures, kt facebook cam biasa. and videos ade amik jugk tapi nak kena edit dlu kot.hahahaha. sebabnya banyak sangat2. smpi 10 ke 15 videos gitu.hahaha.takde keja ann.biasalah. tapi tengoklah cmne. kalau dah upload kt Youtube tu, saya inform lah ya.

oohhhh..mesti ada yang cakap, tak padan sakit nk berjalan je kan?? well, pada pendapat aku, lagilah baik kalau jalan2 pastu sakit dari kau duk rumah terperap pastu sakit which rasa macam tak worth je.hahahaha.naseblahkan.nak rezeki pulak sakit2 ni jalan sane sini 😛

that’s all people. take care everyone!

salam 😉

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s