.seronegative rheumatoid arthiritis.

Assalamualaikum wbt

hari ni nak share sikit or maybe banyak jugak kot info pasal penyakit ni. hahaha. aku di-dignosed menghidap penyakit seronegative rheumatoid arthiritis bila balik dr USM lepas abis final exam year 1. mase study week, aku balik JB. pergi urut sbb mse tu badan dah xsedap2 sgt. bila balik semula USM, makin teruk -,-” mmg cm ape je. sebenarnya dah perasan badan cm xok bila bangun pagi je having difficulties to make a fist. esp left hand la. pastu mase minggu exam tu (sebab gap antara paper banyak smpatlah aku nk jatuh sakit kan?!) aku prasan aku punye pergelangan tangan dah bengkak and hard to bent. roomate aku suruh pegi Pusat Sejahtera tapi aku malasla kan. doc y check aku tu (entah ke doc ke MO je) stakat check2 gitu je. baiklah aku tahan je.

so, balik JB mse tu naik flight dg tangan berbalut, beg overload pe smua. naseblah naik flight kan? klau naik bas, maunya menangis aku~ lalalala. pastu seminggu kt umah, ayh bawk pegi klinik abriza ke ape ntah name doc tu peramah sangat. pastu doc tu ckp suspect RA. pastu trus rekemen pegi KPJ. on the same time, roger2 sedara jauh, dpt set up app kt HSA. pg HSA amik darah pe smua. lepas tu dpt bt app kt HSI pulak. sementara nk tgu app kt HSI, kitorg pegi Pakar Puteri KPJ. masuk ward 2,3 hari, di-dignosed SERONEGATIVE RHEUMATOID ARTHIRITIS.

memula tu dpt Prednisolone 5mg, celebrax 200mg dg ubat gastrik. sbb celebrax tu kuat. nurse tu ckp. hahaha. lepas tu tkde ape berubah sangat. berlanjutan sampai aku kadang2 tu tak blh bangun pe smua. terbaring je hari2. -.-” mmg sadis gila laaaaaaaa. dan semestinya time tu asyik nangis je. berbaldi aku rasa air mata ak sehari. hahahhaa. T_T murah betul air mata. doc pulak mase tu asyik turun naikkan ubat aku je. prednisolone tu kan steroid so berat aku naik 20kg sbb mkn benda tu je. pdahal time tu bulan puasa. gila an?!

lepas tu…sebab takde perubahan sangat plus sedara aku duk sibuk suruh pegi HSI. kitorg pon stop pegi KPJ (KPJ kan swasta.kena sedia duit jela.) lagi pulak time tu asal app je kena amik darah. sakit tau! dlm seminggu lps stop smua ubat dr KPJ tu (mse tu da start metotrexate – 6 biji kot ke 4) dapat app kt HSI. maka berjumpalah aku dg Rheumatologist.

mse 1st app tu mcm2 kena buat, amik darah beberapa tabung..ehh..tube… 😛 lepas tu ade xray 1 badan kecuali kepala. gempak tak gempak? pegawai kesihatan y keja kt bahagian tu dah..”awak ni jatuh ke apa? banyak nak kena xray nih.” hahaha.what to do sbb mase tu knee, ankle, wrist, shoulder suma sakit sakit. LOL.

lepas cuti 1 sem tu… bila da nak masuk sem smula,,da sakit teruk balik. tak boleh bangun pagi pe smua. mmg gila betul. rse cm pepelik je kan?! macam tau2 je nk kne pegi jauh. last2 parents decide utk tuka ke UTM sbb ade course y same. hahaha. mase belum tuka tu..dalam kepala aku da mcm2 dah. camne nk pegi hospital klau kt penang? cmne klau aku sakit? sape nk tolong? sape nak pakaikan baju pe smua?! hahahaha.. teruk gila kan? pastu…

just seminggu sebelum aku punya next app kt HSI. aku saje search ‘seronegative rheumatoid arthritis’ dekat YT. pastu jumpalah video nih. hebat tak?! clap utk diri sendiri. hahaha.

aku pun tunjuk kt mak aku. mse tu aku da tengok2 dah website doc tu. Dr. McDoughall. dan terjumpa article ni. [klik sini] bace camtu camtu jela…lepas ummi baca tu.. ummi pon tanye. nak try tak? hahaha. sebabnya lepas bace artikel tu barulah paham banyak pasal SRA ni. tahu jelah doc doc skrng ni amik keja mudah je. cehwah. nk ckp mcm diri sendri doc je tpi siyesli..klau kena sakit ni, tanye doc kt hosp ape pasal blh jd cmni, konfem2 dia akan ckp unknown reason pastu paling tk blh blaaaaaaaaaaahnya klau tanye pasl percentage cure lagilah mengecewakan. aku penah tanye Rheumatologist kt Columbia Hospital, dia ckp percentage cure tu 20% worldwide. tak ke sedih?

eh..mse tu 2minggu sebelum app. seminggu seblum app tu ade amik darah. mse tu mmg tak terurus betul. tak boleh jalan. sane sini sendi sakit. pegi hosptal pon pakai wheelchair. bengong tak bengong?! umo baru 20 dah pakai wheelchair -,- lainlah klau kau bersalin ke ape ke kan?! hahaha. tapi lepas je amik darah tu terus start diet tu.

diet by dr mcdoughall tu. basically diet tu suh cut off all dairy products, animal proteins and citrus fruits. dietnya cmni… kena makan sayur SAHAJA dg nasi beras perang selama seminggu. insyAllah akan berkurang all the pain. sbb mase mula2 buat tu excitedlah aku kan..nak baik punya pasal. sanggup je makan sayur seminggu walaupun takdela selera mana pon tengok sayur tu. hahaha. sayur pun rencahnya bawang2 sahaja. ikan bilis y buat rencah tu pun takmkn sbb ummi pon tkdelah nk tumbuk ikan bilis tu kasi hancur kan? kasi buat rase je adelah and..aku biasanya akan bagi kucing aku makan ikan bilis tu.hahaha.baik tak aku?~

bila start diet tu siyesli terus rasa cm sihat wlupun takdelah sihat sangat. at least, aku boleh bangun sendri pe smua without org tolak dari belakang pe smua and..ayah dont have to massage my legs every morning anymore. mmg bestla. lepas tu, kire cm aku start tu on rabu. next rabu tu aku try ikan. for 2 days 3 meals sehari. lepas try ikan., aku sakit badan semula so..tahulah aku bahawasanya…ikan telah menyebabkan sakit aku. cewah..hebat tak?! tapi…first skali..aku stop susu. selalunya aku akn breakfast dgn sekotak susu untuk menjimatkan masa untuk turun ke dapur setiap pagi sbb aku berfikiran dengan memakan ubat secpt mungkin, aku akan lebih senang bergerak.

lepas tu..stop la mkan ikan.kecewanya komain weh.kau byg jela..ikan sedap2 kat laut tu tak boleh makan.konpem ah sedih. lagi pulak time tu parents aku nk suh buat bekam. yes. BEKAM. sebab SRA tahap aku ni kire dah teruklah. byk tersumbat2 pe smua (hasil pembacaan artikel tula). lepas buat bekam ok sikit dah. pastu stop ikan..makan sayur balik. pastu try ayam. try ayam okay je tapi skng ni aku rse tk okay sbabnya klau amik ayam hari2 ni konfem ah badan sakit.

skrng ni yang konfem sangat tak boleh nk sentuh/telan/berangan nak makan..ialah…SUSU (naseblah aku tak suka sangat susu.so, xdelah rugi mane pon 😛 ) lepas tu IKAN (sobs..ya..mmg menyedihkan).. and then kekacang (ape ape jenis kekacang termasuklah kuaci. yea..igtkan boleh makan, aku pon bedal la kacang kuda pakcik makcik aku bwk balik dr umrah, esk pagi tak boleh woi..seronok sgt!). nasi putih biasa aku boleh mkn. tepung pon boleh mkn. buat mase ni 3 perkara tu jela y konfem gila xblh mkn. citrus fruits xpenah try lagi tapi aku xdelah nk order fresh orange bagai kan bile kuar. minum pon teh 0 je.sobs2.

skng ni, aku da stop mkn ayam sbb..rsenye tak blh nk tahan dah sakit ni. hahaha. tapi…mmg menggugat iman wa cakap lu tengok org lain makan sedap2 ni. tapi takpela..nak baik punya pasal kan. REDHA jela eh 😛

oh… ubat pon aku da kurangkan..mse last app ari tu doc bagi aku sulfasalazine dg hydroxy ape benda ntah. aku dah stop ubat tu sbb bila aku mkn 2 biji je badan aku gatal2.bila aku call hospital, org tu suh pegi emergency. gila ke hapo!? haha. pastu..for the last few weeks, aku stop metotrexate sbb ubat tu..ubat kanser totally bukan ubat RA and side effect ubat tu..mmg mengerikan sbb ia boleh merosakkan liver. you know..liver..kang tak pasal2 kau kena kencing manis pulak. nak ke?! ahaha.nampak cam okay je. ubat yang aku makan skng ni prednisolone dg celebrax je. prednisolone tu 5mg je shari.klau bangun2 tu cm sakit lebih, aku mknlah 2 biji. tpi jrg da skng ni nk mkn lebih2. celebrax tu some sort of painkiller so..makan jela hari2. aku tanye kazen aku y keja medical line ni.dia ckp celebrax tu mmg utk sakit tulang, sendi..painkiller tuk benda2 tula.

hahaha.panjang gila benda alah ni. harapnya dapat tolong sape sape yang bertuah mcm aku..well..doc mcdoughall tu ade tulis dlm web dia..jgn amik ape dlm artikel tu bulat2 tpi..rsenye ikut jela..klau rse xok, blh je nk stop. mse aku app tu, ade jmpe akak ni..dia RA jugak.dia ckp..klau dia minum kopi, dia akan sakit. so… basically, semua orang lain2. cm aku dairy products are seriously A BIG NO for me.korang kena try test cubalah. hehe 😀 sbb artikel tu cm..really helpful utk org cm aku..yang slalu gila down  bila balik dr app doc pe smua (you know..doc slalu cm…marah2 aku sbb low self confident… aku duk pk mne nk crik konfiden tu klau kau bangun2 je kau dah pk ‘boleh gerak tak hari ni?’ tapi tu dulula..dengan doc KPJ tu). hahaha.

hopefully, gigihlah aku nak teruskan diet ni.. (tak mudah terpengaruh tgk lauk sedp2. LOL) dan cepat sihat. nanti boleh jalan2. 😛 (apekah?!) and sape sape yang reach blog aku ni sbb kita serupa (LOL.mcm lagu pulak) hopefully, my story dpt same2 tolong kita untuk sihat. (yeay!) haha. aku pon takdelah sihat mane tapi jika nak dibandingkan time aku sihat dan tak sihat. now is better.with diet by drmcdoughall tu. klau ade ape2, do drop comments k. ye ak tau post ni panjang.nk stop la ni. 😛

thanks for reading! bye!

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s