.Ramadhan kareem.

Assalamualaikum wbt

apa kabar semua? masih berpuasa? alhamdulillah. harapnya tak terlewat lagik nak ucapkan

SELAMAT BERPUASA

kepada semua yang singgah ke blog ni.hahaha.macamlah ade orang singgah sangatkan? well…sempena bulan puasa ni nak share sket pasal golongan yang kita boleh lihat /ambil pengajaran sempena bulan puasa ini.

1. golongan yang merindui ramadhan

ramadhan datang setahun sekali. kalau panjang umur kt dunia ni, berjumpalah kita dengannya. golongan yang ini memang special/istimewa sebab merinduinya dan menjadi golongan yang sangat beruntung. bukan ah long bukit beruntong okeh.hurm..okay tak kelakar. golongan ini untunglah sebab depa nak lipat kali gandakan amalan sunat. wajib dan sunat dah pahala berganda ganda tau bila tibanya ramadhan, so, kengkawan semua, marilah kita tergolong dalam golongan yang ini.

2. golongan yang menyambut ramadhan untuk berniaga semata mata

almaklumlah..malaysia ni kan terkenal dengan bazaar ramadhan bila datangnya bulan puasa. ramailah yang ambil peluang untuk berniaga. bukanlah maksudnya tak boleh jadi golongan yang berniaga ni. tapi haruslah beringat supaya amalan wajib tidak ditinggalkan. kalau tidak, rugi lah kita. hendak berniaga tu boleh je tapi beringat okeyh? lagi lagi yang duk berniaga makan kat bazaar serta yang jual kuih2 raya dan baju raya tu. golongan yang macam ni agak rugila walaupun berniaga tukan satu ibadah jugak. ingat, kalau kita jaga haq Allah, Allah akan jaga haq kita.

3. golongan yang bimbang dengan kedatangan ramadhan

golongan yang macam ni adalah konfirm! golongan yang rugi. sebabnya bimbang terhadap kelaparan dan dahaga. yelah..bila berpuasakan tak boleh makan dan minum. rugilah jika anggap puasa tu sekadar menahan diri dari lapar dan dahaga. sebabnya ada banyak lagi manfaat yang boleh diperolehi dari bulan puasa ni. tak begitu kengkawan semua?

4. golongan yang tidak mengambil peduli tentang ramadhan

golongan ni paling menyedihkan dan paling rugi sekali. kira macam islam sekadar dalam ic je tapi tidak menjalani hidup sebagai seorang mukminlah kiranya sebab golongan macam ni buat derk je dengan kedatangan ramadhan. bagi dia, puasa ke tak puasa ke sama je. hindarilah diri kita dari tergolong dalam golongan macam ni, okay?

harapnya beroleh manfaat yang banyak dalam bulan ramadhan kali ni sebab kita tak semestinya bertemu dengan ramadhan akan datang. tak begitu?

al fatihah untuk arwah atok, BUJANG BIN OTHMAN yang telah pergi pada 1 ramadhan beberapa tahun yang lalu. dan al fatihah untuk arwah makcik, ROHAYA yang telah pergi pada ramadhan tahun lalu. semoga Allah mencucuri rahmat buat ke duanya. Amin.

kengkawan semua, jangan lupa solat terawih okay?

sekian 😉

ps: alhamdulillah hari lahir tahun ni (20130714) dalam bulan ramadhan. selalu bulan periksa je.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s