.kisah raya #2.

Assalamualaikum wbt

hari ni nak cerita pasal sambutan hari raya keluarga belah ayah yang berlansung pada raya ke – 3 di rumah kami. adik beradik ayah ade 11 so setiap tahun ade sepasanglah yang jadi host. tahun ni giliran ayah dan adiknya, cik awang untuk host majlis. venue kitorg pilih rumah sendiri je walaupun sebelum ni ade jugaklah cadangan nak buat kat villa warisan. tahun depan giliran cik nasuha dengan anak2 sedara yang dah kahwin cam kak ikin, kak edah dan kak zura. atau mungkin sebelum sampai raya tahun depan ade lagi kazen2 aku yang akan kawin, kenalah join.

majlis mula dengan ketibaan tetamu pastu makan terus sbb semua dah lapar. then, ade bacaan yassin dan tahlil. pastu doa pastu selawat. memang tu kire kemestianlah bila buat sambutan hari raya ni. sebab atok2 dah takde kan? alfatihah utk arwah atok, BUJANG BIN OTHMAN, MARYAM BINTI MOHAMAD dan jugak makcik ROHAYA BINTI A. RAHIM.

aku siap buatkan fb event lagik. ngahahaha. pastu adelah buat game2 sket. seronok gaklah. majlis start patut 12.30 tghri tpi semua smpai agak lewat dari waktu yang dijangkakan. cik isa dan isteri sampai dulu so diorng dapat hadiah. ngeh3. untung datang awal.

raya1

cik isa dan cik lyn amik hadiah

antara aktiviti tiap tahun adelah ucapan keluarga. ikut turutan tapi aku tk snap plak semua. kat bawah ni adelah sket sket gambarnya. antara ucapan yang best tu dari nurin anak pak busu tpi tkde record plak. ngeh3. naseblahkan? yang penting, ENJOY!

ucapan raya wakil keluarga

ucapan raya wakil keluarga

Tahun ni kire cam banyak gaklah aktiviti yang keluarga aku rancang. cewah…antaranya pertandingan kad kreatif. terbuka untuk semua. rajin betul adik2 sedara aku amik bahagian. yang jadi pengadil, ummi. hahahha. okay ape?! 😛 kad2 tu ade tampal kat dinding kat dapur, klau nak tengok, mai la umah. semangat tau adik2 sedara aku amik bahagian. anak pak busu, tiga2 orang buat termasuklah sarah sofia. siap ade teddy lagi kat kad dia. -,-” kak dia si nurin siap ade tembikai dengan telur. apa motif? tak tahulah.

pastu ade pertandingan fesyen raya. hadiah utk kategori kanak2 kitorg lah siapkan. hadiah utk kategori remaja/bajet remaja ditaja oleh cik nasuha dan cik noi. pemenangnya….

DSC_0294

nila pemenangnya, Anis dengan Abby

pastu ade buat game anyam ketupat. kirenya ilmu anyam ketupat ni dari arwah atok bujang dengan tok yam sbb tiap kali raya, dulu2 time mereka hidup lagi, mesti ade ketupat. sekarang ni, yang rajin, aku rase…raselahkan…family aku je yang anyam ketupat ni. 2,3 tahun lepas siap buat bisnes lagik. kire memang menurunlah ilmu anyam ketupat ni. ingat senang ke?

anyam ketupat pakai riben.hahaha

anyam ketupat pakai riben.hahaha

pastu pe lagik?? ambik gambar family lah 😉

family photo

family photo

dalam gambar ni pon ade yang tak masuk sebab tak datang tapi tkpelahkan..kita tetap 1 keluarga. hehe. macam kempen 1malaysialah pulak. ayah siap booking-kan 4 bilik dekat Hotel Granada sebab adik beradik ayah ramai yang duk Kluang so dah petang kan? kot2 depa time tu penat. adik aku yang duk atas jalan tu yang uruskan semua. ramai jugaklah tidur kt hotel tu. esoknya diorng jalan2 kt kawasan Puteri Harbor, Nusajaya. okaylah kan?

hurm… tu jela rasenye untuk kisah kali ni. next entry kite cerita pasal nenek baru. okay? ehe.

till then,

salam and take care 😉

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s