.weekend berubah.

Assalamualaikum wbt

lama betul tak menjenguk. maklumler…busy… ngeh3… ade banyak weh assignment. gitu jela bila dah hujung2 sem ni. sebenarnya post kali ni nak luah pendapat sikit pasal cuti weekend yang dah berubah. sesiapa yang tengok berita/baca surat khabar/baca news feed facebook mesti dah tahu yang Sultan Johor sudah menitahkan yang cuti hari minggu bagi negeri Johor telah ditukar kepada hari Jumaat dan Sabtu. no longer sabtu dan Ahad.

(ehem..harap maklum yang post ini hanyalah pendapat aku sahaja dan tidak memberikan keuntungan kepada mana mana pihak, so tak payahlah nak komen nak kondem aku ke apa ke sebab ni pendapat aku SAHAJA!)

first of all, berita weekend berubah ni dah lama jugak tersebar sebabnya ada gambar dokumen kerajaan yang tersebar dan dokumen tu pasal tukar cuti weekend nilah. pastu mase HARI KEPUTERAAN SULTAN JOHOR tempoh hari (jumaat lepas), Baginda Sultan pon titahkan yang khabar angin tu betul. jadinya starting next year, 1.1.14 cuti bagi negeri Johor ialah Jumaat dan Sabtu.

kat sini aku nak nyatakan pendapat aku lah bila cuti ni ditukar. (mode: serius). aku sebenarnya menyokong tindakan cuti ditukar tu. first sekali sebab,, hari jumaat bila ada kelas,, aku somehow cam susah nak minta tolong ayah aku amik bila balik kelas. contoh macam sem sekarang nila. kelas aku start on friday pada pukul 9 and habis pukul 11. lepas tu aku ada somehow somewhere ade tazkirah fakulti sampai around 12.30 tghri. pastu aku akan minta tolong ayah aku amik tapi sekarang and until next year zohor utk negeri johor was like around 12.50 tghri. so dah terkocoh2 /huru hara and somehow bapak aku akan kinda terlewat pergi masjid untuk solat jumaat. serba salah aku dibuatnya. ;/

tahukah anda bahawa solat merupakan tiang agama untuk orang Islam?

secondly sebab… mak aku kan cikgu so aku cam paham gaklah dilemma yang dihadapi oleh cikgu cikgu bila hari jumaat ni. ndak2 sekolah yang ade dua sesi, pagi dan petang. ade sekali tu, bapak seorang budak ni marah2 sebab nama anak dia kena tulis bila datang lewat hari jumaat sebab pergi solat jumaat. dah tak ke pasal cikgu nak kena explain plak yang sebenarnya amik nama tu sebab procedure je tanpa tindakan sebab tahulah..solat jumaat kot. lagi plaaakkkkkk,, ramai je kot bebudak yang sekolah petang tak pergi solat jumaat sebab tak nak terlewat pergi sekolah. ni sapa nak tanggung ni dosa diorang? ce citer??? camna nak cari pemimpin masa depan kalau pemimpin masa depan dicorak dengan cara macam ni? camna? camna?

thirdly sebab… orang kerajaan je yang merasa kesan jumaat sabtu cuti ni. orang yang kerja swasta duk marah2 apa pasal? its like..depend on your majikan kan? kalau majikan kate cuti sabtu ahad yang korang nak pepelik sangat pasal jumaat sabtu cuti ape pasal? hahaha,, agak kelakar di situ. and… konon cam..untunglah orang kerajaan cuti hari jumaat tak kocoh2 nak pegi solat jumaat, yang kau pegi keja swasta ape  hal? its not like..there is no option in having a job kan? lalalala… kau yang decide utk kerja swasta, so pegilah marah majikan kau sbb taknak ikut cuti tu. 😛

mase berita ni tersebar, aku pon tengoklah berita tv singapore. tv kat umah aku boleh dapat line tv singapore. aku pon tunggu jela sbb mase trailer berita tu ade gtau pasal cuti ni. aku pon nak tau gak pendapat negara jiran kita ni. tengok2… diorang cakap pertukaran cuti ni akan menyebabkan kesan negatif sebabnya… investor mungkin jadi tak berminat utk invest dalam Iskandar Malaysia. hello… tahukan anda bahawasanya rezeki itu di tangan tuhan? bukan ditangan investor. kalau rasa tak berminat, takpayahlah invest. agak jahat gaklah pendapat aku ni tapi mostly yang ade buat trades dengan negeri Johor cakaplah yang starting next year, hari  bekerja untuk adekan trade dengan johor will be 4 days only. aku ingat lagi orang tu cakap yang hal ini akan somehow cam menyusahkan dioranglah sebab 4 hari je blh berurusan. so whatttt laaaaaaaaa? bukannya kau buat trade tu hari2 pon.

tapi aku suka pendapat orang awam diorang… ade uncle hawker stall ni cakapla..cuti tukar tu baguslah sebab nanti hari jumaat, ramai orang boleh pegi singapore, jalan2, makan2. aku setuju jugak tu…so takdelah berebut sangat. sebab biasa weekend jalan spore-jb kalau tak ramai orang memang peliklah. kira cam kalau tukar ni…jumaat-sabtu-ahad business akan berjalan lancar. tak ke gitu? see.. siapa yang untung sekarang?? ce citer ce citer..

ade sorang pakcik ni cakap, dia tak kesah pon bila cuti weekend untuk johor sebab dia cakap tiap2 ahad memang dia shopping kat sini. tak ke pakcik tu boleh shopping dengan aman sebab ahad orang johor semua kerja?? kau boleh bayang tak angsana tu tak sesak? jusco tu tak sesak? boleh bayang tak?? kan heaven camtu. kire win-win situation pe!

lastly, aku sokong cuti weekend ni tukar sebab kita kan negara Islam. unik tau cuti Jumaat, Sabtu. Jumaat tu penuh barokah gitu. kalau kita tak buat camni, cam ne kita nak kuatkan iman rakyat kita? amboi ayat kau fa..kemain…lagi.. tapi betul pe. solat kan tiang agama. perlulah tegakkan tiang tu dan kukuhkan. kelantan, kedah cuti jumaat sabtu takde kecoh2 pon..aman je.. penuh beriman lagi rakyat. apa salahnya Johor nak ikut jejak langkah kelantan dan kedah ke syurga? salah ke? salah ke?

aku sebenarnya happy je bila jumaat sabtu cuti sebab ala… cuti sabtu ahad pon bukan buat benda kat umah ni. so sama je tapi mungkin keimanan aku akan berubah bila dah start cuti jumaat. yela.. more time to spend with quran (reading kahfi etc etc). huk aloh… negara2 arab tu cuti jumaat sabtu gempak2 jugak jadinya. 😛

tu jelaaaaaaaaaaa.. sesiapa tak puas ati tu, pegilah post dalam blog sendiri.tak payah nak kondem2 dalam blog aku ni.semak je! hahaha. anyway, ni pendapat aku jela dan sebab2 aku suka bila johor cuti jumaat sabtu. sekian.

take care and be kind to one another!

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s