.mid sem break.

Assalamualaikum wbt

pejam celik pejam celik dah mid sem breakkk wei. tinggal lagi dalam 7 minggu camtu sebelum sem 1 sesi 2015|2016 habis. perghh pergh pergh…begitu pantas masa berlalu. hahaha.. drama sungguh. anyway, aku tak start sketching lagi. insyallah cuti ni sketch, naik cuti midsem break ni, aku run ke analyse ke. huwaaaaaaaaaaaa…takut sangat tak dapat result T_T mohon didoakan. pastu baru teringat nak kena buat logbook. haramj satu hape pon aku tak buat lagi. bengong boleh tahan wei. naik cuti kena present pulopp tu. arghhhh… *tarik rambut* by the way,nama pon cuti mid sem kan. ape chill cerita pasal study.. hahahaha. tapi an.. aku berniat nak siapkn assignment sebelum cuti deepavali which is today and tomorrow. and.. yeah…hopefully…

aku takdelah addict sangat dah dengan k-drama sekarang ni sebab internet kat kolej tak memberangsangkan..and.. duduk asrama ann..tak balik so nak stream tu malas. aku bukan jenis yang suka men-download2 ni. jadinya harap kat orang jugakla. cumanyaaaaaaaaaaaaaaaaa……baru2 ni aku ade tengok 1 drama, THE VILLAGE : ACHIHARA ‘S SECRET. lebih kurang gini la tajuknya. ade MOON GEUN YOUNG dgn SUNGJAE BTOB. bestttttttttttt sangat. masuk minggu ni dah EPISOD 10. ada lagi 6 episod kot.

kenapa best…sebab citer ni lain dari lain. tak ade mushy2 macam most k-drama tapi penyiasatan. tengok setiap episod tu macam baca novel satu2 chapter. citer ni pasal apa… pasal…seorang adik ni…dia nak cari akak dia. diorang terpisah masa kecil selepas family diorang kemalangan yang mana mak dengan ayah diorang mati..adik dia ni…nenek dia ambil bawak pegi kanada..akak dia pulak kena tinggal dekat korea sebab akak dia ni sebenarnya anak angkat.kira bukan sister-in-blood la. pastu lepas 20 tahun camtu..adik dia ni balik korea and dapat mengajar kat satu kampung ni, kampung achihara. masa 1st week, adik dia ade kejar student nak pergi merokok kat hutan, sat g adik dia terjatuh and terjumpa rangka mayat. mayat tu dah 2 tahun T_T maka bermulalah misteri mencari identiti mayat tu… kira kat kampung tu ade 2 kelompok, 1 yang nak adik dia ni tahu kebenaran, 1 lagi yang taknak adik dia tahu kebenaran sebab si adik ni ada kaitan dengan mayat tu. so far memang takdela mushy2 ni. ade baca kat 1 forum ni pun, diorang ckp PD (producer) cakap drama ni takde love line. sesape rasa macam takde ke citer2 best nak tengok, bolehlah tengok THE VILLAGE : ACHIHARA’S SECRET. besttttttttt!

semalam ade MELON MUSIC AWARDS 2015. BANGTAN (BTS) my current favorite group won BEST DANCE AWARD : MALE GROUP. tapi diorang memang daebak gila dancing kot. tak caya? tengok ah DOPE MV diorang. dahlah 360 degree camera pastu laju nak mati dancenye tapi sedih gakkkk semalam sebab diorangnya performance 1 lagu je. tapi intro memang gempak gila laaaaaaaaaaaaaaaaa…. styleeeeeee sangat…kira semalam INTRO + I NEED U *REMIX* best! congratulations BTS!!! hahaha. bajet diorang baca je. okay2..aku letak skali lah video nya. nanti tengok tau. diorang tercalon gak BEST GROUP dengan ARTIST OF THE YEAR utk MAMA 2015 tapi ramai ARMY tak puas hati gak sebab diorang tak tercalon BEST DANCE. Padahal diorang DANCE memang best kot. yela..kalau tak, takkan menang mase MMA kan? hahahaha. ape2 pun, bangga gak la. cewah…

till then, bye!

DOPE MV

2015 MELON MUSIC AWARDS [INTRO + I NEED U]

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s