Hai assalamualaikum wbt
Hmmm first post after so long. Agak kalau blog ni rumah, rumahnya dah usang ditinggal. Haha. Anyway, yeah ayah dah pergi, pergi tinggalkan dunia ni selamanya.

Ayah jatuh sakit 25hb Ogos. Hari maulud nabi tahun ni. Masuk Columbia Asia Iskandar Puteri. ICU sebabnya masa sampai hospital, dia muntah-muntah, katanya. Aku tengahari tu bersama umi dan syamil ke paradigm mall, hari terakhir bazar buku antarabangsa Johor. Balik rumah syamil solat sendirian dan gerak ke hospital melawat ayah.
Well, I thought everything was okay since ayah masih sedar walaupun di ICU, Syamil cerita dia siap suapkan ayah bubur. Ayah siap mengaruk pada 1 malam. Balik cerita sambil ketawa. Sebab kita faham je ayah kalau mengaruk membebel tu macamana.
Tak lama dalam 11 hari macam tu, ayah dapat pindah masuk wad biasa, bilik seorang. Macam pelik kata tak stabil tapi eh dah masuk wad biasa. 5hb September aku datang melawat sebab adik-adik lelaki update dalam group keluarga, doktor kata kesihatan ayah merosot minta keluarga bersedia. Aku dan umi sampai hospital, jumpa kenalan lama ayah semasa kerja di ypj. Wehhh bertahun-tahun ye tak berjumpa, cikmuji dan isteri, ciklyn. Lepastu turunlah makcik-makcik aku dari belah ayah dari tingkat atas. Adik beradik ayah datang seorang demi seorang bersama pasangan.
Ohh ayah sedang dirukyah masa aku datang. Jadi tunggu bawah sebab taknak mengganggu. Bila macam dah nak sudah tu baru naik. Imam rupanya bapa rakan sekelas aku di SIGS dan aku pulak baru je jumpa kawan tu masa hari terakhir bazar buku tu. Aku takde pon kawan baik masa kat SIGS sebab sekolah situ pon setahun lebih je dan tak sangka dia ingat aku lagi. Aku senyum-senyum jela masa nampak dia teman bapak dia rukyah bapak aku.
Aku sebenarnya tak tahu nak cakap ape lagi pulak waktu tu tak boleh solat. Lepas imam dah habis rukyah, umi duk tepi umi ngaji pulak. Aku keluar berborak dengan adik beradik ayah tanya kabar. Tak lama lepas tu siapa ntah cakap, umi tengah cakap-cakap dengan ayah. Aku suruh Syamil rekod buat kenangan tapi dia tak rekod pon heh. Aku masuk dah nak hujung ada la rekod sikit. Ramai pulak penontonnya ya. Disebabkan taktahu nak cakap ape, aku just pegang-pegang hujung kaki dan panggil dia suruh bangun. Masih terasa hangat ye kaki dia.
Hari berikutnya (ahad) adik balik JB. Well, yang mana tahu, tahulah enn apa jadi pada adik selepas penceraian umi ayah. Aku bersyukur jugaklah dia nak balik. Nangis jugak masa Ojan kejut ayah cakap adik balik. 😭😭😭 Ada rekod nanti boleh nak tengok-tengok. Ayah respon jugaklah ada bukak mata sikit tapi taktahulah nampak ke tak. Aku duk hujung kaki picit picit suruh dia bangun. Ayah macam ugh ugh dan batuk waktu tu.
Isnin tak pergi tengok tapi sahabat lama yang ziarah ayah cakap bila datang panggil ayah adelah respon sikit.
Selasa adik nak balik Bangu. Adik adik lelaki update cakap ayah akan pindah ke HSA, ada infection and insurance pon dah tak cover. Yelah Columbia kan swasta. Petang lepas zohor dalam 3 lebih pergi. Nampak dia segar je tak melepek pon like tegap je badan walaupun dah tak sedar. 😭😭😭 Amik gambar amik video, buat kenangan. Syamil dah siap beli ripple mattress untuk dia. Ojan tinggal untuk teman ayah ke HSA dengan nurse yang Fiza upahkan.
Malam ojan balik dengan kesedihan sebab wad HSA tak seselesa wad Columbia. Kesian ayah panas. Bersihkan kipas. Bawak untuk ayah. Pujuk Ojan cakap ayah memang dah tua, wad tu memang wad orang tua. Dia disbelief. Macam kelakar tapi sedihlah jugak.
Esoknya doktor update cakap ayah kritikal tapi diorang cubalah rawat. Mereka nak intubate tapi taknak idk but at last tak intubate pon sebab bagi ubat darah tinggi, BP dia turun from 200+ jadi 170+ camtu. Dan teruskan monitor. Tak pergi melawat pon sebab HSA is harder to go for me in wheelchair 😭😭😭 apparently he has everything from jantung tersumbat, darah tinggi, diabetes semua dia tapau guys…..
Masa mereka update cakap kritikal, kaki tangan aku dah sejuk sebenarnya. Aku bacakan yassin lepas asar, lepas magrib. Aku doa sampaikan ayah hari Jumaat haha you know how they said meninggal Jumaat baik pe semua tu. I just hope if he goes ramai orang boleh doakan dia.
Tapi khamis pagi bangun subuh, Syamil update ayah dah takde 😭😭😭 aku kosong wehhh dari awal dia masuk hospital aku taktahu nak proses ape perasaan ni. Syamil siap-siap gerak ke hospital. Ojan dari tempat memancing. Haha budak sorang ni cakap takboleh nak tido takde mood so dia pergilah mancing (tak dan nak tanya dapat ikan ke tak). Mereka tunggu di wad, bawak ke rumah mayat and akhirnya bawak ke masjid asma ulhusna di Uda Utama.
Aku dan umi bersiap di rumah. Adik gerak balik dari Bangi. Kami sampai masjid adik dah sampai JB. Laju yooo dia bawak. Tunggu adik sampai, pakai tudung turun amik wudhu semula dan jumpa ayah. Ayah yang dah dimandi dan dikafankan oleh adik adik lelakiku, alhamdulillah.
Sedih wehhhhh sedihhhh. Tak tergambar sedihnya aku. Aku tak boleh nak cakap kesedihan aku rasa tu macamana. Orang yang datang bantu angkat ayah sebab aku tak boleh turun wheelchair. Terima kasih cikkam rekodkan video. Terima kasih yang tolong angkat ayah untuk aku. Akan jadi kenangan aku selamanya.
Aku bagitahu dia aku maafkan dia. Aku mintak halal makan minum aku. Doa yang Allahumafirlahun tu aku ulang2. Aku doa, Ya Allah ampunkan ayah. Tiga kali kot. Masukkan ayah ke dalam syurga. Lepas tu adik pulak. Aku dah kebelakang. Then tak lama solat zohor. Lepas zohor solat jenazah Syamil imamkan. Alhamdulillah. Macam kelakar bila fikir beriyanya aku menangis tapi mestilah kan, bapak aku kot yang mati tu???
Okaylah nanti sambung lagi. Sedihlah nak recap balik. Aku harap aku tak lupa semua ni. 😭😔















