.sandwich.

Assalamualaikum wbt

Pejam celik pejam celik dah masuk malam ke 5 berpuasa. Apa kabar semua? Amacam puasa tahun ni? Lama tak dengar kabar kan? Alhamdulillah masih berpuasa hari ni. Moga berjodoh hingga ke akhir ramadhan. Hari ni kita buat sandwich telur rebus je untuk berbuka sebab entahlah. Rasa macam malas nak makan beratĀ² sangat untuk berbuka.

Resepi sandwich telur rebus

  • Telur rebus
  • Mayonnaise
  • Lada hitam

Hancurkan telur rebus, masukkan mayonnaise dan lada hitam secukup rasa. Tadaaaa siap dah. If nak rasa sihat bolehla letak timun, tomato dan jugak daun salad.

Alhamdulillah kenyang. Bolehlah sambung makan lepas terawih nanti kalau masih lapar. Hmmm makan makan jugak, jangan lupa doakan saudara kita di Palestine. Moga ada kemenangan untuk mereka kali ini insyallah. T

Till then.

.2024.

Assalamualaikum wbt

HAPPY NEW YEAR

May all our resolutions coming alive ā—ā—ā—

Last year berangan buat bullet journal lepas tu 3 bulan terakhir guwe stop guysss. Kerana apa? Kerana saat tu saat ter-down aku lol. I mean I’m not in good condition pon today, new year day but still ā—ā—ā— hidup harus semangat.

SELAMAT TAHUN BARU

Moga yang baikĀ² sahaja tahun baru ini. No specific goals lol maybe later ntahla noksss hidupku caca marba kerana kurang sihat ni. Ape2 pon tahun ni aku cuba lagi yaaaa bullet journal, kita tengoklah sampai ke mana. Kalau rajin nanti aku buat video flip through gitu.

Till then, take care šŸ„°

.bacaan Julai.

Assalamualaikum wbt

First time nak tulis gini setelah sekian lama. AlaĀ² buku nilam gituuu. Sebenarnya aku plan lepas baca Nirnama tu aku nak baca prequel nya tapi terpengaruh dengan tiktok maka aku pon check out novel Rehan Makhtar tu.

Anyway,, I’ve reached my target this year which is to read at least 12 books. Nirnama is my 12th book while the other 3 novels are my 13,14,15 book this year. Now, since I’ve reached my plan, I want to upgrade it to maybe 32 books? Or in betwen 12-32 books which also depends on my budgets. I have so many books in my cart which i havent check out yet due to budget constraints šŸ˜

So, 1st book in July is Nirnama. Pasal seorang pendekar digelar Nirnama yang menentang kejahatan which lead by villain name Jagat Suci. Seronok baca sebab ade elemen cerita rakyat. You can found Nadim, Jenin, tanggang, puteriĀ² and even pak kaduk. Sukaaaa gila everything in this book and i memang slow gilerr baca sebab sayang nak habiskan baca. Walaupun tebal tapi ringan sebab paperback(?) So xdela sakit tangan menatangnya. So far within 3 fantasy book by Hilal (hikayat satria, takdir and nirnama), top 1 is nirnama. For me la. Sebab rasa macam lagi dekat dengan jiwa. Yelaaa kan kitaĀ² ni dibesarkan dengan cerita rakyat so rasa ehhhh seperti ku kenal ini watak. Begituuuu. Ohh yeah, nirnama sekarang ada in english, so if you guys rasa ewww citer melayu, you can buy and read the english version one. šŸ˜‚ memang superb noks. I wish hilal can expand the story to other versions and make lots of merchandise to support his other projects .

Aku sebenarnya lama gilaaa dah tak baca novel cintaĀ² ni. I used to read sebab aku ade sorang makcik yang memang suka baca novel cinta. DuluĀ² memang novel dia la aku rembat baca. Pastu ntah camne tengok2 video dekat tiktok, sangkut pulak tengok 3 novel tu. Ramai gilaaa cakap pain la apa la. Aku pon beli lerghh. Tak menyempat beli 3 terus. Hahaha.

Patutnya baca takdir untuk aku dulu pastu seseorang untuk aku and lastly dia untuk aku. Tapi aku baca SUA dulu. Bwahahahaha ade sikit lari timeline bila perasan. Namun begitu tidakla ku kesalkan sebab SUMPAH LAH WEYYYYYY, aku rasa ni 1st time aku nangis baca novel cinta. Aku cam take a break banyak kali jugak sebab nangis. MencurahĀ² air mata. Pain score aku bagi 10 terus untuk SUA ni. Hahaha.

Tiga2 novel tu berkait sebab heroĀ² dalam tu best friend agituuuu. So begitulaaa. Jangan risau eventho ade pain score, kesemuanya happy ending. Kalau korang cari novel cinta yang painĀ² gitu, silalah weeehhhh baca trilogy ni. Guwe injeonggg gitu level ke-pain-an nya. Ko nak level delulu, ko search jela weh tajukĀ² tu kat tiktok, berlambak noks video orang buat šŸ˜‚šŸ˜‚šŸ˜‚ terhiburr ye aku tengok also teracun laa ambeee

Korang kalau nak start baca, baca yang takdir tu dulu pastu baru seseorang and last barulah dia. But then sebenarnya tak kesah pon nak start takdir or seseorang tu dulu yang penting last sekali barulah dia. Ade ternampak orang buat video untuk tia punya but then taktahula kan. KotĀ² next year pulak ade sambung lagi universe tu. Bila baca 3 novel tu, aku cam berfikir, ade ke??? ade ke manusiaĀ² seperti ni dalam real life? Yang boleh maaf kan orang yang dah buat dia macam sampah??? Macam takde perasan? Sungguh senang macam tu meredhakan ape yang terjadi dalam hidup? Kalau begitu senang, kenapa??? Also, mungkin inila sebab aku pon kena nak belajar meredha ape yang terjadi. Huhu.

In August ape pulak list bacaan aku ya? Aku da start baca prequel nirnama tu. Fuhhhhhh tu bulan depan lergh aku review/kabokan nya. BukuĀ² lain masih dalam planning sebab hmmm bajet 1 hal, buku2 best tak tau nak pilih yang mana dah 1 hal. Hamba ni insan yang lemah tak reti nak memilih. Kita nantikanlah ehh.

Sekian.

Take care semua.

.birthday.

Assalaamualaikum wbt

If I remember correctly, this is the first time I celebrated both birthdays together. 14th July and 2nd Muharram. 32 turn 33 in a few days šŸ˜‚šŸ˜‚šŸ˜‚

Anyway, nothing much. I just wish I get more healthy and more wise and more patience in facing this world and also to die before 35 šŸ˜‚šŸ˜‚šŸ˜‚

That’s all. Till then.

.rahsia.

First book I start tabbing??? Bangga sikit.

Aku sebenarnya ada beli 1 buku BB sebelum ni tapi belum baca lagi. I mean buku tu aku dah ada, lepas tu hari tu aku perasan buku tu ada cover baru, so aku pon berangan la beli sebab nak mula membaca. Tajuknya Doa Untuk Aku. Tapi sampai ke sudah tak baca semula pon buku baru tu.

Lepas tu hujung bulan lepas, minggu Pesta Buku. Aku perasan BB update cakap ade buku baru. Buku rahsia paling rahsia ni la. Ade tarikh last nak pratempah. Nasib baik tak lupaaaaaaaa. Dahla pakai paypal bayar pastu dengan error bagai. Macam nak nangis rasa masa pratempah tu.

Anywayyyyyy, as usual from BB. Buku rahsia ni best!!!!! Cerita pasal pengembaraan Amir menyelesaikan rahsia yang ditinggalkan oleh bapaknya. Seronoklaaaa baca walaupun banyak gilaaa karakter. Aku siap confused sebab nama lebih kurang šŸ¤£šŸ¤£šŸ¤£ and siapa yang pernah baca karya BB tahula memang selalunya ada puisi terselit dalam cerita and this book is not exceptional. Seronokkk sebab ko nak kena fikir sikit untuk tafsir sebab ada yang rasa cam kenapa aku tafsir tak sama dengan apa karakter ni tafsir?????

ApeĀ²pon, go and buy if you havent. I might be bias because he’s my favorite author but then try if you never read his and be amazed. Also buku ini under k-lit so memang sampai la vibe k-drama nya tu.

Lastly this book is my 9th book this year. Aku plan 12 buku and nampaknya sebelum hujung tahun cukup tu 12 buku šŸ˜‚. Tengokla camne what’s my next book gitu.

.10 tahun.

HAPPY 10TH YEAR ANNIVERSARY BANGTAN

Macam tak caya bangtan dah 10 tahun. Start stanning them since DOPE tiberrr dah sorang sorang enlist. Ada satu tweet, makin lama bangtan makin sedikit ayat nak diluah semasa sambutan anniversary. Which is true.

Aku rasa masa awalĀ² stan dulu banyak jugak aku wish macamĀ² masa anniversary. La ni wish standard je hahahaha apeĀ² pon……

Thankful sangat jumpa bangtan during my youth. Menemani hidup masaĀ² sengsara Hahahaha teman hidup masa tengah belajar degree teman hidup masa jiwa bergolak sebab keluarga huru hara. Siap credit nama jimin dalam fyp aku šŸ¤£šŸ¤£šŸ¤£

Moga bangtan terus sukses!!!!

.Cerita raya 2023.

Assalamualaikum wbt

Patut post ni upload semalam sebab semalam last day raya. Halal jela ehhh upload hari ni hahahahaha

Tahun ni meriah jugakla raya, compared to years before especially you knowla after having divorced parents lol. Anyway, tahun ni ade abang saiful jadi driver kitorang. So langkah panjang sikit noks tahun ni. Abang Saiful ni anak arwah maklang, belum kawin so raya dengan kitorgla jadinya.

Lepas solat raya, beraya rumah paklong. Lepas tu ke rumah atok datin. The only atok left from mom side. Adik beradik tokmak yang masih hidup. Selama raya sebelum2 ni asal datang rumah dia, dia mesti tak ada. Tahun ni alhamdulillah ada pulak. Tapi tu pon tok datinnya duk kabo tahun ni jadual dah full. Nak naik cruise la nak pergi umrah lah. Hahahaha. The real “datin” busy sokmo. šŸ¤£

Petang dalam lepas asar camtu, family belah haji datang. Paklong ciksemah ciknoi and my cousin, sherul and his family. Lama jugak tak jumpa family belah haji ni so macam amazed diorang nak datang raya sini šŸ˜ my cousin anak ciknoi dah besar???? LoL of coursela. Its not like diorang stop membesar just because we dont see them???? Hahahaha

2nd raya kitorang pergi pontian. Ikut jalan yang ade jambatan baru tu. Rumah mak kepada cikjun. mak aku memang masukkan rumah tu list rumah yang nak kena pegi raya tiap tahun. Tahun ni mak cikjun da tak larat nak bangun, terbaring je. Entah jumpa lagi ke tak raya tahun depan kan. Hmmmm…

Kabut jugakla 2nd raya tu sebab makanan dan pasir kucing habis. Hahaha bengong tak beli sebelum raya hah sekali raya gabung weekend semua bagai memang kedai yang biasa beli tu tutupla noksss. Tak pasal lepas ke pontian tu, pergi paradigm mall. Tu pon terpusingĀ² cari parking. Orang semua beraya kat mall youuuuuuuu.

3rd raya pergi ke Segamat. Kereta penuhhhhh di manaĀ². Abang bawak macam ribut. Semua buatĀ² tidoq kalau tak memang bising mulut wehhhh tengok cara dia bawak kereta. Syukurrrr selamat semuanya. Segamat ke rumah pak andak. Maklumlah pak andak sekarang dah uzur dah tak larat nak jalan jauhhh. Lepas ke Segamat singgah rumah makbusu di Batu Pahat. Magrib di sana. Sebelum balik JB, singgah kejap rumah cikgu Anidah. Aku tak turun pon. Sampai rumah 1230 malam oiiii. Sumpah rabakkk dan lapar. Umi goreng mee terus. Hahahaha.

Tak ingat dah raya ke berapa, berkonvoi raya ke rumah pak uteh, mak ngah, mak uda dengan adik beradik umi -cikjun, mak busu, jiha and family. TigaĀ² rumah makan nasi. Rumah pak uteh pagiĀ² jadinya sarapan pagi la, nasi lemak. Rumah mak ngah dalam tengahari gitu, mak ngah masak sambal goreng jawa dengan asam pedas. Rumah mak uda memang dah masuk waktu zohor, jadi double lunch. Nasi putih udang dengan ape ntah. Aku tak makanla nasi sebab perghhh full gitu. Lepas dari tu diorang datang rumah kitorang pulak. LepakĀ² sampai sebelum magrib camtu, umi goreng mee je tapi tu pon macam lewatĀ² sikit la masaknya.

Tahun ni macam ramai jugakla datang ziarah. Wani my classmate masa spm datang bawak husband!!!! Hahaha sweet betul pengantin baru sampai lupa nak amik gambo. Yang bagi kitorang kucing pon datang jugak sekeluarga. Hayyan and family. Hmmm sape lagi ehh datang?

Ohhh family fatin pon datang. Hari jumaat lepas zohor cmtu. Banyak oi masak sebab macam tak reti bajet dah lama tak ramaiĀ² nak datang kan. Nasi lemak dengan laksa johor. Katanya ramai sekali laaaa ade yang tak datang. Kelam kabut nak habiskan makanan. Ojan call member grab bagai ajak datang raya. Siap bungkus bawak balik. Bwahahahaha šŸ¤£šŸ¤£šŸ¤£

Masa hari kejadian makbusu datang bawak cikjun sekali. Selamat lah ade yang datang tolong. Umi tiber sakit kaki bertongkat bagai. Syukurrr Alhamdulillah mkbusu datang. Ahhhh we also celebrate birthday mika. Adik buatkan dia cheesecake. Sedap tapi biasala budak banyak overthinking, ada jela tak kena. Nasebla labuuu.

Umi malam raya pegi kaison lepastu amik anak orang jadi anak angkat hahahaha kak aida. Budak sabah. Memang tak balik kampung weh raya. Sedih. Comel je weh akaknya. Tak pasal aku dapat akak sorang. Pastu dia bertunang. Ajak umi ke majlis tapi umi kan tengah sakit kaki, tak dan la nak pegi. Dia datang sebelum majlis, kelakooo je dengar ceritanya cakap mandi tak basah, makan tak lalu. Kahkah begitu indahnya bercinta ya???

Bila dah recall ni, rasa biasa jela ekkk raya aku ni? Tapi feel beza jugakla tahun ni. Adakah sebab adik getting better??? Or was it because we have new family member??? Entahla. Hopefully it stays this way next raya too.

Ohh yeah tahun ni kuih raya pon buat sendiri. Kuih suji, kuih kelapa, kuih telur rebus – ni pengantin buat, kuih dahlia(?) susu dengan biskut badam coklat. Kak Aida siap datang rumah bila dia cuti untuk buat biskut sesama hahahaha comel šŸ˜‹

Ape lagi cerita raya? Ohhhh sebab galak sangat beraya sampai dah nak habis raya baru nak puasa 6 wehh. Masa macam dah tenang, period pulak sekali kiraĀ² ehhh dah nak habis raya???? Aku puasa 6 hari straight weh kalau tak memang tak sempat šŸ˜šŸ¤£ syukur selamat masih sempat puasa 6. Puasa ganti nantiĀ²la ganti.

Sekian cerita raya saya. Tahun ni tema hitam takde gambar family pon. Ade aku umi adik dan kucing je. Amil lepas rumah paklong tu balik raya umah bini, maklom bini duk kulai. Dekat jeerrr. Bolehler 1 hari raya sekali.

Kenit muka tak redha
Mulan punya merenung sebab tak nak bergambar raya šŸ¤£šŸ¤£šŸ¤£

Tu jela kot. Kalau rajin next aku upload la gambo beramaiĀ². Nak kena collect dulu kat telegram. Hahahaha. Till then, jadi diri ye semua orang. Minum air yang cukup.